Monday, December 1, 2008

Pemberitahuan

Oleh rmf

PROGRAM GATHERING SABAH

Terima kasih kepada semua peserta yang telah membayar deposit untuk menyertai Gathering Sabah 2009. Semua peserta akan diberitahu butiran berikut :

Maklumat Ringkas untuk semua peserta
  1. Butiran Penerbangan
    -Tarikh
    -Masa
    -Hari
  2. Tempat Berkumpul
    -Akan ditentukan dalam Mesyuarat akan datang
  3. Ketua Kumpulan
    -Dilantik dikalangan AJK
  4. Jumlah Peserta Kumpulan
  5. Senarai nama peserta,
    -No.Kp,
    -Alamat,
    -No Tel
    (Dibuat dalam dua salinan lengkap dan satu diserahkan pada unit keselamatan)

Semua butiran diatas akan dimaklumkan kepada semua peserta 2 minggu sebelum tarikh penerbangan sebenar.

Peserta Non Chatter

Bagi peserta bukan dikalangan Chatter, Pelobi atau Chatter yang mempelawa akan bertanggungjawab untuk memberitahu butiran maklumat tersebut.

Menarik diri / penganti

Jika ada diantara peserta yang tidak dapat menyertai Gathering ini, diminta memaklumkan kepada urusetia dan menamakan sesaorang sebagai penganti lengkap dengan butiran.

Bayaran terakhir

Kutipan bayaran terakhir akan dibuat setelah semua butiran diatas diterima oleh peserta. Semua bayaran akan dibuat melalui Maybank sebagaimana telah dinyatakan didalam blog ini. rujuk artikel sebelum ini...

Jadual Aktiviti / Program

Aktiviti akan disediakan oleh Ajk yang dilantik Aktiviti ini akan berterusan sepanjang peserta berada disana (Sabah)

Semua peserta akan diberikan satu salinan jadual aktiviti sepanjang Gathering Sabah nanti sebagai rujukan untuk memudahkan peserta bersedia dan menyertainya.

Penglibatan peserta luar didalam aktiviti amat digalakan.

Keperluan

Jika sekiranya ada dikalangan peserta yang inginkan keperluan tambahan untuk diri mereka, boleh memaklumkan kepada urusetia yang dilantik dan bayaran tambahan akan dikenakan untuk kemudahan tersebut.

Semua yang tercatit diatas ini bukan kenyataan tetap sehingga mesyuarat terakhir dijalankan pada bila bila masa nanti.

Tertakluk kepada sebarang perubahan

No comments:

Penubuhan Kelab Rekreasi, Kebajikan dan Sosial IRCOMMUNITIES

Gathering Sabah

Gathering Sabah

Gathering Mamapapa Dalnet di Sabah part 3