Thursday, September 18, 2008

Gathering Sabah 2009 - Langkah pertama

Gathering Sabah telah di ilhamkan semasa gathering #mamapapa yang telah berlangsung di Telok Batik Perak. Seramai hampir 50 orang chatter telah hadir pada gathering tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan semangat kerjasama dan setiakawan yang utuh diantara chatter yang telah sanggup datang dari jauh demi silatulrahim yang terjalin dialam maya.

Didalam merealisasikan gathering ini nick Zee^Cute dari Sabah telah diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk mengenal pasti lokasi terbaik untuk menjadikannya sebagai Gathering paling jauh pernah dianjurkan. Bermula daripada itu satu mesyuarat telah diadakan di Unity Club Taman Shamelin, Kuala Lumpur. Didalam mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang Chatter yang sukarela untuk membantu Zee^Cute didalam menjayakan program gathering tersebut.

Beberapa orang Chatter telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas membantu diantaranya ialah Founder, Street, Ajid, eyzza, rmf dan dibantu oleh OP dan SOP #mamapapa.

Web sementara http://ircommunities.ning.com telah dibangunkan untuk memudahkan chatter dan bukan chatter untuk mendapatkan maklumat mengenai gathering. Sambutan yang mengalakkan daripada chatter dan juga bukan chatter untuk menyertai program ini. Setakat ini seramai 40 orang telah mendaftarkan diri dan tidak termasuk dikalangan bukan chatter.

No comments:

Penubuhan Kelab Rekreasi, Kebajikan dan Sosial IRCOMMUNITIES

Gathering Sabah

Gathering Sabah

Gathering Mamapapa Dalnet di Sabah part 3