Salah satu tugas yang amat penting sekali ialah menetapkan tarikh program ini berlangsung, pada peringkat persetujuan pertama tarikh yang telah dipersetujui ialah pada 24hb hingga 26hb March 2008 dengan mengambil kira beberapa  faktor yang amat penting. Penetapan tarikh tersebut dibuat adalah berdasarkan musim percutian persekolahan penggal pertama pada tahun 2009.
Pelbagai cadangan telah dibuat agar Gathering ini seharusnya dilaksanakan pada  tahun atau penghujung 2008, akan tetapi memikirkan bulan puasa,  jadual perayaan  dan termasuk cuti persekolahan yang agak panjang pada bulan 12 dan  pada bulan January 2009  pula adalah tahun baru dan hari persekolahan pertama, dimana  dimasa ini keperluan untuk anak anak dan juga  keluarga  terlalu diperlukan untuk dipenuhi.
Kegagalan pihak pengurusan gathering untuk memutuskan tarikh sebenarnya merupakan salah satu cabaran yang melibatkan psikologi, kerana pihak pengurusan memerlukan  satu  corak pemikiran  merangkumi semua pihak dan menetapkan satu tarikh yang membolehkan setiap peserta mempunyai ruang untuk meneruskan  aktiviti  seharian selepas gathering.
Pada akhirnya, keputusan telah dapat dicapai dengan sepenuhnya dan menetapkan bahawa pada  tarikh 14hb March hingga 16 March 2009 adalah tarikh muktamad penerbangan ke Sabah.
Seterusnya bersetuju menggunakan perkhidmatan Air Asia sebagai alternatif  masa kini untuk melangkaui Laut China Selatan untuk  sampai ke destinasi gathering #mamapapa.
note**
Ayuh zee^cute .... Jadikan  satu kenyataan dan kenangan yang paling indah untuk dikenang oleh chatter #mamapapa - rmf
No comments:
Post a Comment