Klip Video ke Sabah Part 1 m- Kumpulan rmf,
Untuk download & melihat didalam youtube
http://www.youtube.com/watch?v=PlcomVh8xWA
Part 4 Rangkuman semua gambar - Slide
Klip Video ke Sabah Part 1 m- Kumpulan rmf,
Untuk download & melihat didalam youtube
http://www.youtube.com/watch?v=PlcomVh8xWA
Part 4 Rangkuman semua gambar - Slide
Tarikh 22 March 2009 -
Perjumpaan dengan Pegawai Perpaduan Daerah dan Ahli Parlimen- Oleh rmf
Bergambar beramai-ramai di rumah zee cute
Alhamdullilah. Syukur kita kepada Allah, dengan limpah kurniaNya, kini kita telah berada di tanahair setelah 3 hari 2 malam menyempurnakan program Gathering di Sabah.
Dibawah ini adalah rentetan peristiwa yang telah berlaku sepanjang 3 hari 2 malam di Sabah.
Hari ketiga 20-03-2009 - Tawau
Sarapan pagi di Dragon Chalet, SponsorKesimpulan daripada Program.
Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim serta memperkenalkan kebudayaan dan memahami sikap toleransi dan setiakawan di antara peserta baru mahupun yang lama.
Apa yang dapat dilihat adalah satu sikap yang amat menakjubkan diantara peserta dan mereka saling dan cuba memahami diantara satu dengan yang lain, sikap menghormati pandangan dan memperbetulkan kesilapan yang telah berlaku adalah sesuatu yang amat dibanggakan gath pada kali ini.
Menghormati keputusan dibuat, menyuarakan pendapat dan rasa kurang senang dan diterima dengan baik.
Pada gath kali ini telah mengeratkan dan menautkan semula tradisi atau konsep menghargai hubungan diantara kawan. Kepenatan, kesulitan ditanggung bersama walaupun setengah daripada mereka bukan daripada AJK Komuniti. Sikap yang sedemikian yang amat dibanggakan.Pada kali ini, Gath Sabah telah mencapai matlamatnya untuk menjalinkan hubungan silatulrahim diantara semua golongan bukan setakat IRC malahan dengan semua golongan.
Konsep IRC untuk IRC jika dilihat pada Gath pada kali ini tidak boleh diguna pakai malah pertukaran konsep seharusnya ditukar IRC dan komuniti berjalan seiring. Keakraban telah ditunjukkan, kesetiaan sebagai rakan telah dibuktikan,Selaku Ketua Rombongan saya rmf dan zee^cute serta AJK ingin menyampaikan rasa terharu dan berbangga kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen yang tidak ternilai didalam menjayakan Gath paling jauh dalam sejarah mamapapa Dalnet.
"Sebagai insan, yang serba kekurangan itu datangnya dari kami, dan yang terbaik itu datangnya dari Allah dengan izinNya. Kita hanya mampu merancang ketentuan Qada dan Qadar itu penentu segalanya"
Terima Kasih semua.rmf , zee^cute serta AJK Gath.
( Kami berbangga mengenali anda semua)
Sepanjang Gath, terlalu banyak gosip yang telah dihantar melalui sms untuk memburukkan beberapa orang dan telah dibaca oleh semua, dengan perasaan sedih.
Ini adalah kerana proses memecahkan silatulrahim dan memecah belahkan komuniti telah dilakukan oleh sesaorang atau sebaliknya kepada peserta gath.Fitnah ini di telah tersebar - Sama ada benar atau tidak itu bukan persoalannya. Yang menjadi persoalan yang besar ialah KENAPA MASIH ADA LAGI ORANG YANG SANGGUP MEYEBARKAN FITNAH?Siapa yang memakan cili dia akan merasa pedasnya- berubahlah jika anda mempunyai masalah pesonaliti tetapi jangan hubungkaitkan dengan orang lain.
Biar Allah yang menghukum setiap kesalahan. bukan membuang silatulrahim kerana kesalahan.
rmf.
Bagi pihak pengurusan dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menganjurkan Program Sabah dibawah Bayu.
Moga dilain masa kitakan merangcang dengan lebih banyak lagi Program termasuk Program-program yang bersifat kemasyarakatan.
Cadangan : Penubuhan Kelab
Jika ada bantahan sila kemukakan ke rmf700@yahoo.com