Saturday, March 21, 2009

Selamat Pulang Semua Delegasi

oleh rmf

Bergambar beramai-ramai di rumah zee cute


Alhamdullilah. Syukur kita kepada Allah, dengan limpah kurniaNya, kini kita telah berada di tanahair setelah 3 hari 2 malam menyempurnakan program Gathering di Sabah.

Dibawah ini adalah rentetan peristiwa yang telah berlaku sepanjang 3 hari 2 malam di Sabah.

Hari Pertama ( Malam )18-03-2009

Ketibaan Delegasi pertama dan kedua di Lapangan Terbang Tawau
  1. Delegasi dibawa ke Kunak dengan menaiki kereta yang telah tersedia untuk peserta
  2. Disambut oleh para penduduk dan Belia Kunak seramai hampir 150 orang.
  3. Delegasi Semenanjung telah di raikan dengan ucapan aluan oleh ADUN Kunak dengan aktiviti kebudayaan, tarian etnik Bajau dan lain lain persembahan oleh Ahli Persatuan Belia Kunak . Ucapan balasan telah di sampaikan oleh Co-Founder.Sebagai balasan daripada persembahan kebudayaan dan tarian tersebut peserta gath diketuai oleh Abang Romeo dan lain lain peserta telah mempersembahkan tarian Poco-poco.
  4. Ketibaan rombongan ketiga pada jam 10.45 malam diketuai oleh rmf seramai 13 orang dan disambut oleh Zee, dan terus bersalamam dengan Adun Kunak.
  5. Sesi Bergambar beramai-ramai dengan Adun Kunak dan penyampaian cenderahati oleh rmf kepada ADUN Kunak.
  6. Peserta telah dihantar ke tempat penginapan.
  7. Peserta bukan Chatter dan lelaki dihantar ke Rumah Rehat Kunak. Dan Peserta Perempuan di rumah Pengerusi Belia Kunak.
  8. Majlis tamat pada Jam 12 tengah malam.
Hari Kedua ( Bertolak ke Mabul )

Bertolak dari Kunak Ke Semporna
  1. Menaiki Bot laju ke Pulau Mabul - Bot Laju telah di sediakan oleh En Ali Pembantu Perhubungan Menteri Keseniaan Kebudayaan dan Warisan- Datok Syafie Afdal
  2. Aktiviti menyelam, Snokling, dan berehat melihat keindahan Pulau Mabul
  3. Berada di Kunak-
  4. Majlis Makan Malam VIP di kediaman Setiausaha Sulit Dato Syafie Afdal dan persembahan kebudayaan oleh Persatuan Belia Kunak.
  5. Ucapan Aluan oleh En. Ali kepada peserta. Ucapan balas bagi pihak peserta semenanjung oleh rmf dan ucapan dari Presiden Belia Kunak.
  6. Pesembahan balas dari semenanjung diketuai oleh Romeo N Crew.
  7. Agenda bebas- Karaoke
  8. Acara tamat Jam 12.30 malam
  9. Kembali ke Dragon Chalet

Hari ketiga 20-03-2009 - Tawau

Sarapan pagi di Dragon Chalet, Sponsor
  1. Acara bebas- Peserta bergerak untuk membeli mutiara
  2. Peserta berkumpul di Dragon Chalet jam 11.30 pagi untuk taklimat terakhir oleh rmf
  3. Peserta berkumpul untuk menaiki kereta dan bas mini disediakan dan terus ke Oriental Hotel sebagai tempat berkumpul.
  4. AJK Induk telah menempatkan peserta yang balik pada 21hb di Dynasty Hotel D Istana. Sebuah bilik Suite telah ditempah untuk tujuan tersebut.
  5. Peserta membeli belah di Tawau dan berkumpul pada jam 05.45 Petang
  6. Peserta bertolak ke Lapangan Terbang Tawau Jam 06.30 petang
  7. Flight Delay sebanyak 3 kali akibat cuaca
  8. Berlepas dari Tawau jam 10.30 malam dan tiba di LCCT jam 01.10 pagi
  9. Semua menuju ke destinasi masing masing.

Kesimpulan daripada Program.

Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim serta memperkenalkan kebudayaan dan memahami sikap toleransi dan setiakawan di antara peserta baru mahupun yang lama.

Apa yang dapat dilihat adalah satu sikap yang amat menakjubkan diantara peserta dan mereka saling dan cuba memahami diantara satu dengan yang lain, sikap menghormati pandangan dan memperbetulkan kesilapan yang telah berlaku adalah sesuatu yang amat dibanggakan gath pada kali ini.

Menghormati keputusan dibuat, menyuarakan pendapat dan rasa kurang senang dan diterima dengan baik.

Pada gath kali ini telah mengeratkan dan menautkan semula tradisi atau konsep menghargai hubungan diantara kawan. Kepenatan, kesulitan ditanggung bersama walaupun setengah daripada mereka bukan daripada AJK Komuniti. Sikap yang sedemikian yang amat dibanggakan.


Pada kali ini, Gath Sabah telah mencapai matlamatnya untuk menjalinkan hubungan silatulrahim diantara semua golongan bukan setakat IRC malahan dengan semua golongan.

Konsep IRC untuk IRC jika dilihat pada Gath pada kali ini tidak boleh diguna pakai malah pertukaran konsep seharusnya ditukar IRC dan komuniti berjalan seiring. Keakraban telah ditunjukkan, kesetiaan sebagai rakan telah dibuktikan,


Selaku Ketua Rombongan saya rmf dan zee^cute serta AJK ingin menyampaikan rasa terharu dan berbangga kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen yang tidak ternilai didalam menjayakan Gath paling jauh dalam sejarah mamapapa Dalnet.

"Sebagai insan, yang serba kekurangan itu datangnya dari kami, dan yang terbaik itu datangnya dari Allah dengan izinNya. Kita hanya mampu merancang ketentuan Qada dan Qadar itu penentu segalanya"

Terima Kasih semua.


rmf , zee^cute serta AJK Gath.
( Kami berbangga mengenali anda semua)

Note:


Sepanjang Gath, terlalu banyak gosip yang telah dihantar melalui sms untuk memburukkan beberapa orang dan telah dibaca oleh semua, dengan perasaan sedih.

Ini adalah kerana proses memecahkan silatulrahim dan memecah belahkan komuniti telah dilakukan oleh sesaorang atau sebaliknya kepada peserta gath.Fitnah ini di telah tersebar - Sama ada benar atau tidak itu bukan persoalannya. Yang menjadi persoalan yang besar ialah KENAPA MASIH ADA LAGI ORANG YANG SANGGUP MEYEBARKAN FITNAH?


Siapa yang memakan cili dia akan merasa pedasnya- berubahlah jika anda mempunyai masalah pesonaliti tetapi jangan hubungkaitkan dengan orang lain.

Biar Allah yang menghukum setiap kesalahan. bukan membuang silatulrahim kerana kesalahan.

rmf.

No comments:

Penubuhan Kelab Rekreasi, Kebajikan dan Sosial IRCOMMUNITIES

Gathering Sabah

Gathering Sabah

Gathering Mamapapa Dalnet di Sabah part 3