Pendaftaran peserta untuk menyertai gathering Sabah telah bermula sejak ianya dipersetujui dilaksanakan pada bulan Julai 2008. Setiap perserta yang ingin menyertai gathering ini adalah terdiri daripada semua lapisan umur dan tidak terhad kepada Chatter sahaja.
Penyertaan terbuka ini adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi silatulrahin sesama manusia disamping membuka ruang-ruang kerjaya, perniagaan dan pelbagai peluang untuk di kongs diantara chatter IRC dan juga bukan chatter. Dengan cara ini kita sebagai chatter akan membuka banyak lagi ruang-ruang yang selama ini kita kongsi diantara kita sahaja.
Bagi peserta yang ingin menyertai gathering ke Sabah, adalah disarankan supaya mendaftar melalui chatter (Op /SOP ) yang telah dilantik untuk tujuan tersebut,
Maklumat yang perlu diberikan ialah:-
Untuk IRC Chatter
Nama Penuh
Nick
Channel
No.Kad pengenalan
Umur
No.Telefon ( No. Telefon anda akan dirahsiakan )
Alamat lengkap
Untuk bukan chatter
Untuk bukan chatter (Perseorangan), OP atau SOP yang mempromosikan kepada mereka adalah bertanggung jawab untuk menyediakan maklumat maklumat yang diperlukan untuk dihantar kepada Ketua pengurusan Zee^Cute melalui email cma_cma07@yahoo.com.my untuk diambil tindakan selanjutnya.
Nama Penuh
Kad Pengenalan
Umur
No.Telefon (Dirahsiakan)
Alamat tetap
No Pasport (jika ada)
Untuk penyertaan keluarga
Untuk penyertaan keluarga , OP dan SOP yang mempromosikan kepada mereka adalah bertanggung jawab untuk menyediakan maklumat yang diperlukan beserta dengan bilangan ahli keluarga yang akan menyertai gathering. Maklumat tersebut hendaklah dibuat didalam satu helaian dan menamakan seseorang ahli keluarga sebagai orang yang dihubungi (ketua) bagi keluarga tersebut. Maklumat tersebut adalah seperti berikut :
Nama penuh
No Kad Pengenalan
Umur
No. Telefon
Alamat tetap
Pertalian
No Pasport (jika ada)
Dengan itu, sesiapa yang ingin menyertai gathering ini , sila berhubung dengan OP/ SOP yang dinyatakan dibawah ini.
Deana
Zee^Cute
Eyzza
Pinklily
Ajid
rmf
Street
Tarikh penyertaan telah dibuka pada 18 September 2008 sehingga 30 November 2008
Pada bila-bila masa bermula tarikh tersebut , setelah urusan dengan Air Asia selesai, deposit untuk tempahan tiket akan diberitahu kepada peserta dan peserta di kehendaki membayar deposit tersebut pada kadar segera.
No akaun untuk deposit akan dinyatakan apabila tiba masanya nanti.